Speed up Firefox for Low band and memory leak
config ini khas untuk low band connections dan tahap memory (RAM) yang rendah bagi pengguna2 Firefox Browser. kalo seblom ni teman ada berkongsi bagaimana nak speed up firefox versi 9 dan 8 dan kali ni en3 khas buat pengguna2 firefox yang menggunakan connection rendah (low band) dan tahap memory (RAM) unit komputer yang rendah.
selalunya bagi pengguna2 ni, firefox akan hang buat seketika ataupun terus crash. loading page jugak bak kata org tu sempat ler goreng sejibik telur baru satu2 page tu akan load sepenuhnya. apatah lagi untuk membuka 'multiple' tab. takat 2 tab dia masih boleh senyum. tapi cer bukak 4 ke 6 tab sekali gus? kalo tak hang.. paling tidak pun akan merangkak ler jawabnya.
untuk yang mempunyai situasi seperti diatas.. boleh ler cuba melakukan sedikit perubahan terhadap konfigurasi yang teman kongsi ni. tips: TIDAK perlu atau JANGAN membuat apa2 perubahan config yang dikongsi untuk mana2 config seblom ni. config ini adalah khas dan hanya untuk pengguna2 firefox 'fresh' (dimana confignya Tidak Pernah di ubah sejak azali..;) bagi yang mempunyai versi firefox yang sudah diubah tetapi mahukan konfigurasi ini, perlulah 'uninstall' dahulu mana2 versi yang ada dan fresh download secara baru. [Latest Firefox Download] boleh click link untuk dapatkannya..
partamanya.. mulakan dengan menaip about:config pada address bar Firefox.. & klik pada "I'll be careful, I promise!"
1. search.. config.trim_on_minimize (sekiranya tiada didalam config menu - right click mana2 bahagian ruangan config dan pilih New - Boolean - cipta baru "config.trim_on_minimize") enter dan pilih value True
- config ini mampu mengawal penggunaan tahap penggunaan memory (RAM) bagi browser firefox apabila setiap kali kita 'minimizekan' browser
2. search.. pipelining dan perhatikan config seterusnya
a - network.http.pipelining ubah value kepada True
b - network.http.pipelining.maxrequests ubah value kepada angka 8
c - network.http.pipelining.ssl ubah value kepada True
d - network.http.proxy.pipelining ubah kepada True (optional untuk yang menggunakan proxy)
b - network.http.pipelining.maxrequests ubah value kepada angka 8
c - network.http.pipelining.ssl ubah value kepada True
d - network.http.proxy.pipelining ubah kepada True (optional untuk yang menggunakan proxy)
- HTTP adalah protokol yang digunakan untuk kebanyakan laman web hari ini dan beberapa permintaan boleh dihantar seblom apa2 jawapan diterima dalam pelayar, dan ini dikenali sebagai pipelining. Pipelining mengurangkan beban rangkaian dan boleh mengurangkan masa memuatkan halaman, tetapi kekangan yang timbul ialah bukan semua pelayan yang menyokong ciri tersebut. Bagi pelayan yang menyokongnya, tetapan ini secara drastik boleh meningkatkan kelajuan memuatkan halaman dalam Firefox.
3. search.. nglayout.initialpaint.delay (sekiranya tiada didalam config menu - right click mana2 bahagian ruangan config dan pilih New - Integer - cipta baru "nglayout.initialpaint.delay") enter dan masukan value kepada angka 0 (sifar)
- Firefox pembaca laman web secara berperingkat - ianya memaparkan apa yang diterima halaman sebelum seluruh halaman telah dimuat turun sepenuhnya. permulaan halaman biasanya mengandungi hanya maklumat meta, css, javascript dan hanya tidak mempunyai banyak maklumat yang berguna. Firefox akan tunggu sebelum memberi halaman memuat sepenuhnya. config ini melakukan sebaliknya..
4. search.. network.prefetch-next dan ubahkan value kepada False
- paling bersesuaian untuk mengawal memory. ini kerana value kepada True sebenarnya membenarkan firefox untuk download data sesebuah halaman dibelakang bagi mengumpul data.
4. search.. network.prefetch-next dan ubahkan value kepada False
- paling bersesuaian untuk mengawal memory. ini kerana value kepada True sebenarnya membenarkan firefox untuk download data sesebuah halaman dibelakang bagi mengumpul data.
5. search.. ui.submenuDelay (sekiranya tiada didalam config menu - right click mana2 bahagian ruangan config dan pilih New - Integer - cipta baru "ui.submenuDelay") enter dan masukan value kepada angka 0 (sifar)
- optional: bagi melajukan menu display kepada browser firefox
restart firefox browser dan lihat perbezaannya.. selamat mencuba ;)
tidak dijamin ler pulak untuk "kesemua" jenis komputer. terpulang kepada kemampuan unit itu sendiri dan sipemakainya. kalo sejak azali unit tak pernah "diservis" ie.. defrag, scandisk dan seanteronya susah ler nak kata apa ^_^
teman recommend pembaca layari SpeedGuide.net untuk tatacara melajukan/memperbetulkan konfigurasi internet dengan mudah..




No comments:
Post a Comment